NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagus, cabutan judi dikurangkan, tapi...

Tahniah kepada PM kerana menurunkan cabutan judi kepada hanya lapan. Alhamdulillah, semoga dihapuskan terus semuanya.

Pun begitu, beberapa penyokong setia PH, sebagaimana perangai ketua mereka, terus cuba mengelirukan rakyat dengan cubaan meletakkan nama PAS, sebagai sasaran serangan, konon mereka lebih mulia kerana mengurangkan cabutan judi (bukan menghapuskan).

Ada dua penjelasan, pertama kutipan cukai judi pada tahun 2019, tahun PH memerintah adalah tertinggi iaitu sebanyak RM3.43 bilion berbanding sebelum dan selepas itu, hanya purata RM2.5bilion sahaja. Menunjukkan walaupun sedikit cabutan, tapi nilai wang cukai perjudian itu menjadi lebih 30 peratus. Ini jawapan di parlimen.

Kedua semua tiga negeri PAS telah mengharamkan judi dan apabila pagi 20 Disember, dikatakan PN menang PRU, saham judi dan arak, jatuh berbilion ringgit. Tetapi naik semula apabila PH menjadi kerajaan.

Ada otak, fikir sendiri kenapa....šŸ˜

Sebarkan sebagai jawapan kepada pembelitan PH.

Mohd Nasir Abdullah
5 Disember 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo