NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang lain tak biasa kalah. Kita pulak tak biasa menang banyak macam ni - Ayah Chik


"Orang lain tak biasa kalah. Kita pulak tak biasa menang banyak macam ni."

Satu dewan mesyuarat riuh tertawa kecil mendengar ayat Ayah Chik. Sungguh mendalam maksudnya.

Kebetulan ketika foto ini dirakam, ayat ini keluar dari mulut Ayah Chik. Memang ini suasana sebenar, tenang dan ceria.

Tiada kesugulan, tiada kekesalan, tiada kekecewaan. Semuanya positif, optimis dengan kemenangan yang berjaya dicapai.

Ya, kita dah menang! Walaupun belum jadi kerajaan, tapi kita dah menang. Kita tak pernah capai kejayaan seperti yang ada pada hari ini.

"Oleh sebab itu, kita kena jumpa kawan-kawan kita di luar sana, tenangkan mereka, beri semangat kepada mereka. Kita dah menang!". Ayah Chik menyambung bicaranya.

Peristiwa Hudaibiyah mengajar tentang kemenangan tertangguh. Walaupun pada awalnya Nabi SAW bermimpi memasuki Kota Makkah, namun ianya tertangguh beberapa ketika selepas itu disebabkan sekatan-sekatan daripada pihak musuh. Namun, menang tetap menang! Kisah Hudaibiyah ini menjadi topik utama di dalam ucapan Ayah Chik.

Hakikatnya, sokongan dan kepercayaan rakyat terutamanya orang Melayu Islam kepada kita di dalam PRU15 baru-baru ini makin meningkat.

Angka-angka ini menjadi saksi:-

✅MB PAS: 4 orang

✅MP PAS: 43 orang

✅EXCO PAS
Kelantan: 11
Terengganu: 10
Kedah: 5
Perlis: 3
JUMLAH: 29 orang

✅ADUN PAS :
Kelantan: 37
Terengganu: 22
Kedah: 15
Perak: 17
P.Pinang: 1
Selangor: 1
Pahang: 16
Perlis: 9
Johor: 1
Sabah: 1
JUMLAH: 120 orang

Angka-angka inilah 'kemenangan' yang dimaksudkan oleh Ayah Chik.

Kita sedang mempersiapkan diri untuk menjadi 'rijal daulah'.

Terima kasih kepada para pengundi.
Ini waktu untuk kita bekerja.

Afnan Hamimi
Kuala Lumpur
4 Dis 2022

#AfnanHamimi
#AlorSetarSejahtera
#alorsetar

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo