NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

STAR sah tinggalkan PN - Jeffrey Kitingan


KOTA KINABALU:
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan parti pimpinannya telah keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau yang sebelum ini berkias mengenai perkara itu berkata, STAR dan PN kini sudah tidak lagi sehaluan selepas gabungan yang disertai oleh parti itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH).

"Ya (sah keluar PN). Kita tunggu sajalah ada pengumunan.

"Sebab kalau saya pergi sini, kau pergi sana bererti kita tidak sehaluanlah tu", ujar Jeffrey secara ringkas ketika ditemui media Bangunan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS) Timbang Menggaris Ke-50 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu kali ke-37 dan 38 tahun hari ini.

Kenyataan tersebut sekaligus menyaksikan STAR tidak lagi terikat dengan PN selepas menyertai gabungan itu selama 26 bulan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada September 2020.

Jeffrey di dalam kenyataan beliau sebelum ini menyifatkan hubungan STAR dengan PN seperti 'sudah bercerai' kerana sudah tidak lagi sehaluan selepas parti itu bersepakat dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memberikan sokongan terhadap kerajaan baharu yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 November lalu.

Keputusan keluar daripada PN itu juga menurut Jeffrey telah dibincangkan di dalam Biro Politik STAR dan pengumuman berkaitan itu akan dibuat dalam masa terdekat.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo