NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Argentina perlu elak penentuan penalti

Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic muncul wira pasukannya di peringkat kalah mati apabila beraksi cemerlang dalam dua penentuan penalti di Piala Dunia Qatar. - Foto AFP



DOHA: Argentina yang diterajui Lionel Messi, mara ke Piala Dunia sebagai antara pilihan juara tetapi mereka berdepan halangan besar di separuh akhir - naib juara 2018, Croatia yang menyingkirkan satu lagi pasukan pilihan, Brazil.

Croatia mengejutkan Brazil di suku akhir selepas ketinggalan satu gol dalam masa tambahan, tetapi bangkit mengheret permainan ke penentuan penalti dan memenanginya.

Ia adalah kemenangan klasik buat Croatia ke atas juara lima kali itu berdasarkan barisan pemain serta prestasi semasa Brazil.

Arkitek Croatia, Luka Modric yang menjadi nadi pasukan pada usia 37 tahun, menjadi pembakar semangat buat rakan sepasukannya dan jika Argentina mengambil mudah lawan mereka, ia akan membawa padah.

Tanpa masalah penggantungan dan kecederaan pemain serta kepulangan pertahanannya, Borna Sosa, skuad kendalian Zlatko Dalic bakal tampil lebih yakin dan bersedia.

Bruno Petkovic, yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Brazil, akan kembali membarisi kesebelasan utama menggantikan Andrej Kramaric, manakala Mario Pasali akan menerajui serangan.

Argentina, yang memburu gelaran Piala Dunia pertama mereka sejak kejuaraan skuad 1986 dibarisi Diego Maradona, kehilangan Marcos Acuna dan Gonzalo Montiel yang digantung satu perlawanan - sekali gus menyukarkan pilihan pengendali, Lionel Scaloni di bahagian benteng.

Tahap kecergasan pemain veteran, Angel Di Maria juga diragui, dengan pemain 34 tahun itu lebih kerap dimasukkan sebagai pemain gantian susulan baru pulih daripada kecederaan.

Messi, 35, yang mungkin beraksi buat kali terakhir di Piala Dunia, begitu terdesak untuk melengkapkan gelaran tertinggi itu yang belum ada dalam koleksinya.

Mereka hampir terlepas peluang ke separuh akhir selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan 2-0 dan mengheret permainan ke penentuan penalti, namun kecemerlangan penjaga gol, Emiliano Martinez menyelamatkan Argentina.

Bagaimanapun pengalaman Croatia dalam penentuan penalti pada edisi 2018 serta di Qatar, menyaksikan mereka mempunyai kelebihan ke atas Argentina jika kemenangan sekali ditentukan menerusi sepakan penalti. - REUTERS





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo