NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ajakan ditolak bekas kekasih, ikon permotoran ditahan ugut sebar gambar bogel

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan Jumaat lalu, selepas bekas teman wanitanya membuat laporan polis akibat tidak tahan sering diugut.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang juga ikon permotoran ditahan polis kerana disyaki mengugut akan menyebarkan gambar dan video lucah bekas kekasih selepas menolak ajakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengugut mangsa selepas menolak ajakannya untuk bertemu pada Oktober lalu.

“Siasatan mendapati suspek menghantar satu mesej di WhatsApp kepada mangsa pada 3.30 petang 19 Okt lalu mengajak mangsa keluar pada 11 malam.

“Bagaimanapun, mangsa menolak ajakan itu dan perkara terbabit dipercayai menyebabkan suspek mengugut mahu menyebarkan video mangsa melakukan hubungan terlarang bersamanya di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang takut, tertekan dan tidak tahan dengan ugutan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 5.40 petang Rabu lalu.

Susulan itu, katanya, suspek yang berusia 22 tahun ditahan Jumaat lalu dan direman empat hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berusia 21 tahun itu mula mengenali suspek yang juga ikon permotoran di media sosial pada 2020.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo