NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar Ibrahim terpaksa gadai prinsip, bawa masuk parti berseteru, kata pakar

Dalam membentuk kerajaannya, Anwar Ibrahim terpaksa gadai prinsip, membawa masuk parti yang telah lama berseteru dengannya, kata seorang pakar ekonomi.

PETALING JAYA: Dalam melantik Jemaah Menterinya, tangan Anwar Ibrahim mungkin terikat apabila terpaksa bekerjasama dengan “sekutu yang aneh”, kata aktivis anti-rasuah Edmund Terence Gomez.

Gomez mengulangi pendiriannya bahawa tidak wajar untuk perdana menteri turut menjadi menteri kewangan, terutamanya dari sudut tadbir urus yang baik dan keperluan wujudnya semak dan imbang, yang telah lama dianjurkan oleh Anwar.

Jawatan menteri kewangan mungkin lebih berkuasa daripada perdana menteri kerana ia mengawal dana kerajaan, kata Gomez, seorang ahli ekonomi politik.

“Tetapi mari kita lihat dari satu sudut. Kerajaan ditubuhkan terdiri daripada ‘sekutu yang aneh’ yang bersatu atas titah Yang di-Pertuan Agong susulan Parlimen tergantung,” kata Gomez.

“Anwar dalam situasi yang mana beliau terpaksa memilih untuk bekerjasama dengan parti-parti yang selama ini berseteru dengannya untuk membentuk kerajaan perpaduan.”

Jemaah Menteri Anwar terdiri daripada 15 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menerusi PKR, DAP, Amanah dan Upko; enam orang daripada Barisan Nasional (BN) menerusi Umno; lima daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi PBB, PRS dan PDP; serta seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi Bersatu Sabah.

Naungan dan Kementerian Kewangan

“Anwar mungkin sedar bahawa dengan memberikan kementerian yang begitu berkuasa kepada seseorang di luar PKR, ia mungkin akan menjejaskan kedudukannya yang baik dan melawan desakannya ke arah tadbir urus yang baik,” kata Gomez.

Beliau berkata, menteri kewangan boleh menggunakan naungan mereka untuk menyalurkan kontrak dan menentukan perolehan projek. Mereka juga boleh menggunakan kuasa membuat keputusan mereka untuk mengawal cara kontrak diberikan, tambahnya.

Gomez berkata, inilah sebabnya penting kenyataan Anwar pada Isnin bahawa proses perolehan projek kerajaan tidak lagi akan dijalankan tanpa tender bagi membanteras rasuah dan tirisan.

Guan Eng dan Syed Saddiq

Walaupun beliau “tidak selesa” dengan pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri, Gomez berkata penting bahawa dua pemimpin PH yang menghadapi tuduhan rasuah, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden Muda Syed Sadiq Abdul Rahman, tidak terpilih dalam Jemaah Menteri.

Minggu lepas, Anwar berkata, beliau tidak mempertimbangkan memegang portfolio kewangan semasa memilih Jemaah Menteri.

Anwar semalam berkata, walaupun beliau tidak mahu memegang jawatan itu, beliau mahu “memulakan pendekatan dasar baharu dan memulihkan keyakinan ekonomi” dalam kalangan peniaga tempatan dan pelabur asing dengan menerajui Kementerian Kewangan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo