NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

546 mangsa banjir daripada 137 keluarga dipindahkan di Terengganu


KUALA TERENGGANU: Seramai 546 mangsa banjir daripada 137 keluarga  di Terengganu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas memasuki hari ketiga gelombang pertama Monsun Timur Laut, hari ini.

Jumlah mangsa banjir itu meningkat berbanding hanya seramai 326 mangsa daripada 87 keluarga setakat petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat  pukul 4 petang ini, tujuh PPS masih aktif iaitu di daerah Kemaman, Kuala Terengganu, Kuala Nerus  dan Setiu.

Menurutnya,  Kemaman mencatatkan mangsa tertinggi seramai  279 orang iaitu  251 berada di Dewan Abdul Rahman Limbong dan masing-masing  14  mangsa  di Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik dan SK Kampung Baru Kerteh.

Selain itu, katanya, seramai 251 mangsa turut menghuni PPS di daerah Kuala Nerus iaitu di SK Tok Jembal (133) dan SK Bukit Nanas (82).

“PPS terawal dibuka Jumaat lalu di Kuala Terengganu, SK Atas Tol masih menempatkan 43 orang mangsa manakala PPS SK Chendering pula ditutup petang ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sebanyak empat mangsa lagi daripada satu keluarga dipindahkan di Balai Raya Kampung Merang, Setiu. 

Beliau memberitahu, penurunan jumlah mangsa itu berbanding 599 orang pada tengah hari ini berlaku susulan penutupan PPS Balai Raya Kampung Bukit Nenas serta Surau Mak Bakas di Setiu pada sebelah pagi. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo