NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2,000 kembali ke rumah, 7 PPS di Tumpat dan Pasir Mas tutup

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Kelantan, Left Kol Bersekutu Rozeman Din menyampaikan makanan segera dan pek barangan makanan keperluan asas kepada mangsa banjir, Azurawati Mohd Dzahir, 45, dengan menggunakan bot di Kampung Kuala Jambu di sini hari ini. - BERNAMA



KOTA BHARU: Kira-kira 2,000 mangsa banjir di negeri ini dapat kembali ke rumah masing-masing selepas banjir beransur pulih hari ini.

Ia susulan keadaan cuaca yang beransur baik, dengan kepulangan semua mangsa itu menyebabkan enam pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Tumpat dan Pasir Mas ditutup.

Laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my melaporkan jumlah terkini mangsa banjir di Kelantan turun kepada 12,830 orang sehingga jam 9 malam ini, berbanding 14,503 yang direkodkan petang tadi.

Mereka terdiri 4,405 keluarga yang ditempatkan di 29 PPS di sekitar Pasir Mas dan Tumpat.

Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas direkodkan 10,494 orang yang ditempatkan di 21 PPS, manakala di Tumpat dengan 2,336 orang di lapan PPS.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo