NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zuraida tetap bersyukur walaupun kalah teruk di Ampang


PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Ampangan, Zuraida Kamaruddin berkata, walaupun kecewa kerana gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) namun, pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu bersyukur diberi peluang berkhidmat di kawasan itu selama 15 tahun.

Zuraida berkata, beliau menerima dengan hati terbuka kekalahan teruknya itu apabila hanya memperoleh 4,589 undi, sekali gus hilang deposit.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Ampang kerana selama hampir 15 tahun saya menjadi wakil rakyat, sokongan dan dorongan yang mereka berikan merupakan suatu perkara yang amat bermakna bagi saya.

“Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya di dalam tempoh saya menjadi wakil kepada warga Ampang, ada kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Rodziah Ismail dari Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi itu dan berharap beliau akan berkhidmat dengan baik kepada penduduk Ampang.

Ini adalah kali pertama Zuraida bertanding sebagai ahli PBM selepas keluar dari Bersatu pada Mei lalu.

Zuraida berdepan saingan sembilan penjuru di Ampang yang dimenangi Rodziah yang memperoleh 56,754 undi.

Calon-calon PBM lain juga kalah di saingan peringkat negeri dan Parlimen kecuali Larry Sng yang mempertahankan kerusi Parlimen Julau di Sarawak.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo