NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WhatsApp Menambah Ciri Menjana Avatar Dan Hasilkan Pelakat Yang Diperibadikan


WhatsApp
kini dilihat telah menambah salah satu ciri menarik pada aplikasi permesejan mereka, iaitu kebolehan menjana avatar terus pada aplikasi WhatsApp.

Untuk menjananya, pengguna hanya perlu ke halaman tetapan, dan seterusnya memilih menu avatar. Pengguna kemudiannya akan perlu merekabentuk avatar mereka, termasuk memilih warna kulit, rekaan wajah, dan sebagainya sebelum menjana avatar tersendiri.

Penghasilan avatar ini kemudiannya akan membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai gambar profil, dan disamping itu turut menjana pelekat (stickers) untuk digunakan dalam permesejan.

Langkah ini akan menjadikan sesuatu permesejan itu lebih diperibadikan dengan reaksi menggunakan avatar seumpama anda.

Ciri ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo