NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita ditahan bersama tiga penyamun pecah rumah majikan


KUALA LANGAT:
Kegiatan seorang wanita pencuci rumah separuh masa yang bersekongkol dengan tiga orang penyamun terbongkar selepas kesemua mereka ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Telok Panglima Garang, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 56 tahun yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa rumahnya di Kampung Sijangkang, di sini, dipecah masuk pada 8 November.

"Antara barang yang hilang adalah sebuah peti besi yang mengandungi wang tunai RM15,000, empat utas rantai leher emas, cincin emas (tiga), anting-anting emas (dua), geran kereta (satu), telefon pintar jenis Samsung (satu).

"Bertindak atas maklumat pada 10 November jam 10.30 malam sepasukan anggota telah berjaya membuat tangkapan seorang lelaki di sekitar Telok Panglima Garang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Ridhwan berkata, hasil soal siasat, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki dalam serbuan kedua di sekitar kawasan Telok Panglima Garang, di sini sekitar jam 1 pagi pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lumpur berjaya menahan seorang suspek lelaki dan wanita pencuci rumah berkenaan lebih kurang jam 1.45 pagi pada Sabtu di kawasan sama.

"Dua suspek yang ditangkap merupakan orang yang dikehendaki polis bersabit kes samun di sekitar Kuantan, Pahang.

"Kumpulan ini aktif dalam melakukan jenayah sejak dua bulan yang lalu dan peranan wanita berkenaan dipercayai sebagai pemberi maklumat berkaitan rumah yang disasarkan," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Ridhwan berkata, pasukan serbuan berjaya merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan semasa kejadian dan beberapa barangan disyaki hasil curi.

"Antaranya sebuah peti besi yang dirosakkan, kuku kambing besi, mesin pengisar, gerudi, tukur besi, dokumen perakuan kenderaan, resit pajak gadai, dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) milik mangsa, dan sebuah Mitsubishi Triton.

"Kesemua suspek yang merupakan warga tempatan dan direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

"Pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rakan sejenayah suspek berkenaan," ujar beliau. -Sinar Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo