NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di Kedah cecah 65


ALOR SETAR:
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah di Kedah yang menempatkan 65 mangsa daripada 17 keluarga susulan banjir kilat semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata tiga daerah itu adalah Kubang Pasu, Baling dan Kulim.

Beliau berkata, PPS di daerah Kubang Pasu dibuka di Masjid Al Ihsan Kampung Changkat Setoi, Changlun pada jam 11 malam tadi dengan menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga, manakala PPS Masjid Sungai Seluang di Kulim yang dibuka jam 9 malam tadi menempatkan 36 mangsa daripada lapan keluarga.

"PPS Surau Ittifaqiah di daerah Baling pula menempatkan 19 mangsa daripada 7 keluarga sejak dibuka jam 7.30 malam tadi.

"Ketiga-tiga daerah itu dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam sejak petang semalam menyebabkan air sungai melimpah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Suhaimi turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah waspada dan bersedia untuk berpindah sekiranya paras air meningkat di kediaman mereka.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, tiga sungai di negeri ini melebihi paras amaran pada jam 6.30 pagi tadi.

Dua sungai di daerah Baling iaitu Sungai Ketil di Kuala Pegang dan Sungai Ketil di Kampung Padang Pulai, manakala Sungai Kerian di Rumah Pam di daerah Bandar Baharu.

Empat sungai iaitu Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu, Sungai Padang Terap di Kampung Kubu di daerah Padang Terap,

Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di daerah Kota Setar pula sudah melebihi paras waspada.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo