NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elak Beli Baby Nenas Ada Pemanis Tiruan, Lagi Tinggi Daripada Gula


Sekiranya terjumpa, lebih baik elakkan diri dari membeli baby nenas. Berdasarkan perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan, kemungkinan ia mengandungi bahan pemanis tiruan yang tidak berkhasiat yang bernama cyclamate.

Kalau nak tahu, manis dia adalah 30 – 50 kali ganda lebih dari gula. Melampau betul manisnya, selalu sangat makan khuatir beri kesan buruk kepada tubuh badan. Malah, bahan ini juga sudah diharamkan penggunaannya di beberapa buah negara! Jom baca perkongsian di bawah.

PEMANIS TIRUAN TANPA KHASIAT IAITU CYCLAMATE

Hati-hati kalau anak nak makan nenas. Elakkan beli baby nenas, kemungkinan ianya ada pemanis tiruan tanpa khasiat cylamate.

Cyclamate ini pengganti gula. Manis dia 30 – 50 kali ganda lebih dari gula. Letak sikit pun dah cukup untuk beri rasa manis. Cylamate bukan saja tak ada langsung nutrisi buat anak tau, tapi akan beri kesan buruk jika diambil.

Yang sebenarnya, cylamate dah diharamkan di beberapa buah negara. Tapi baru ini dalam Malaysia sendiri pun, masih dijumpai baby nenas yang ada kandungan cylamate.

Kita hati-hati ya. Lebih baik cari nenas saiz biasa, dari biarkan anak makan baby nenas yang kemungkinan ada kandungan cylamate.

Real food tu baik. Bagus sangat untuk anak. Tapi manipulasi sektor pemakanan zaman sekarang, merisaukan sangat.

Real food pun kena pandai pilih. Kita cuba sama-sama ya.

“SAYA PERNAH BELI, ANAK MAKAN BATUK SAYA MAKAN PUN BATUK…”

Menjengan di ruangan komen, ternyata masih ramai lagi dalam kalangan pengguna yang tidak mengetahui akan kandungan yang terdapat di dalam baby nenas ini.

Malah, terdapat beberapa pengguna yang pernah membelinya dan meluahkan rasanya yang amat manis sehingga tidak mampu untuk makan. Ia jauh berbeza dari rasa buah nenas yang asli.

Lebih baik beli sahaja buah nenas yang asli. Malah, nenas juga mempunyai pelbagai jenis yang sememangnya manis nenas ini lebih asli dan tidak membahayakan kesihatan tubuh badan.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo