NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Walaupun dipermainkan Zahid, MIC putuskan tetap bertanding PRU15


MIC memutuskan akan tetap bertanding dalam PRU15.

Keputusan itu susulan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat parti itu hari ini.

Terdahulu MIC dilaporkan sedang menimbang untuk tidak meletakkan sebarang calon dalam PRU15 kerana tidak puas hati berkenaan pengagihan kerusi.

Namun, presidennya SA Vigneswaran dalam sidang media selepas mesyuarat hari ini berkata pihaknya berpuas hati dengan kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

"Saya ingin maklumkan selepas BN mengumumkan calon kerusi parlimen MIC, MIC memutuskan ia satu keputusan yang adil oleh kepimpinan gabungan berkenaan kerusi yang diberikan kepada parti kami," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo