NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usul undi percaya akan diteruskan - Anwar


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan tetap meneruskan usul undi percaya terhadap kepimpinannya apabila parlimen bersidang pada 19 Dis.

Ini meskipun terdapat pihak termasuk Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang berpandangan undi percaya tidak diperlukan kerana mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

"Ya benar. Ramkarpal gunakan isu penafsiran Perlembagaan Persekutuan. Sebab majoriti jelas. Tapi saya juga bincang tadi, kita punya pandangan bukan saja keperluan Perlembagaan Persekutuan, tapi saya fikir keabsahan itu juga dari segi persepsi politik penting.

"Jadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 Dis," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan yang pertama sejak menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, Ramkarpal berkata undi percaya hanya digalakkan sekiranya terdapat keraguan sama ada sesebuah kerajaan mempunyai majoriti di parlimen.

Ramkarpal berkata adalah lebih penting untuk memberi tumpuan kepada isu-isu seperti pembentangan belanjawan negara dan bukannya 'membuang masa' pada undi percaya yang 'tiada tujuan'.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo