NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi orang muda bukan masalah besar buat calon PAS Kuala T'ganu


Antara tumpuan semua parti yang bertanding dalam PRU kali ini adalah untuk menarik sokongan pengundi muda yang kain bertambah, susulan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran secara automatik.

Namun, perkara itu nampaknya tidak menjadi kebimbangan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim daripada PAS.

Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata ini kerana dia sememangnya memiliki hubungan baik dengan pengundi muda di Kuala Terengganu.

"Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pengundi muda di Kuala Terengganu dan saya rasa saya tiada masalah besar dari segi itu (sokongan).

"Saya juga sentiasa turun ke padang selain banyak (menganjurkan) program-program anak muda," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semasa berkempen di Terminal Bas Kuala Terengganu hari ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya, Terengganu dan Kelantan mendahului jumlah pengundi muda dalam PRU15.

Pengundi berusia antara 18-20 tahun seramai 1,393,549 juta orang manakala pengundi berusia antara 21-29 tahun seramai 4,614,429 orang.

Mengulas perkembangan kempennya yang kini memasuki pusingan terakhir, Amzad yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata dia berharap rakyat dapat memberikan mandat kepadanya sekali bagi membolehkanya membawa lebih banyak pembangunan di Kuala Terengganu.

"Walaupun telah banyak yang kita dah laksanakan (pada penggal lalu) tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan isu-isu yang berkait dengan parit dan longkang, kebersihan dan kemiskinan bandar yang meningkat apabila kita berdepan dengan PKP.

"Selama dua tahun tujuh bulan saya menjadi anggota pentadbiran (di persekutuan) saya dapat melihat banyak ruang yang boleh digunakan melalui hubungan baik sesama anggota pentadbiran, sama ada menteri, timbalan menteri atau KSU untuk membolehkan lebih banyak pembangunan dibawa ke Kuala Terengganu," katanya.

Pada PRU14, Ahmad Amzad menang dengan majoriti 14,773 undi ke atas calon BN Wan Nawawi Wan Ismail dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari PKR.

Kali ini, dia yang bertanding buat kali kedua di kerusi Parlimen itu akan berdepan Mohd Zuber Embong dari BN, Mohd Abu Bakar Muda (Pejuang) dan Raja Kamarul Bahrin (PH).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo