NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno perlu jelaskan dua penipuan besar Zahid kepada akar umbi sumpah dengan nama Allah

UMNO PERLU JELASKAN DUA PENIPUAN BESAR ZAHID KEPADA AKAR UMBI SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH.

"No DAP , No Anwar" laungan Zahid di Perhimpunan Agung Umno 2020 pada 28 Mac 2021 di PWTC sebelum ini sehingga menjadikan satu keputusan PAU secara rasmi yang dijadikan ayat keramat seluruh ahli-ahli umno akar umbi.

Ditambah pula selepas itu dengan pengakuan dibuat oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mengaku menjadi saksi hidup, Presiden Umno Datuk Seri Zahid telah bersumpah di hadapan beberapa ahli parlimen umno, Zahid melafazkan sumpah tidak akan menyokong ketua pembangkang waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Ahmad Zahid juga dimaklumkan melafazkan sumpah menolak kerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan PH dan DAP. Sumpah ini menjawab kepada kebimbangan sebahagian Ahli parlimen umno dan ahli-ahli umno tentang tuduhan terhadap Zahid ingin bawa umno bersama PH dan DAP dalam pembentukan kerajaan selepas PRU-15

Ahmad Maslan menambahkan lagi keyakinan perbuatan Zahid dengan mengatakan Presiden umno itu telah bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri. 

Namun semua itu dilupakan Zahid, sumpah janji dengan nama Allah terang-terangan dilanggar demi membolehkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dan DAP melalui Pakatan Harapan menjadi kerajaan selepas Anwar berjaya kemukakan nama Ahli Parlimen termasuk Umno untuk diterima YDPA menjadi perdana menteri.

Oleh itu, Umno perlu memberi penjelasan isu yang sangat besar ini kepada seluruh ahli dan penyokong mereka agar pencerahan dapat diterima oleh semua golongan bawah mereka kenapa Zahid berbohong dan sanggup melanggar sumpah yang dilafazkan sendiri. Janganlah pengkianatan Zahid Hamidi terus menjadi punca mereka hilang keyakinan terhadap parti yang sudah bermasalah sejak kejatuhan dan hilang kuasa kerajaan pada PRU-14 yang lalu.

● Naraza Muda 
Sabtu | 26 November 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo