NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO menuju jalan buntu... semua pilihan UMNO akan ke kubur


Dengan mendapat 30 kerusi, BN sebenarnya boleh jadi king maker sama ada nak bersama dengan PN, atau bersama PH. Satu lagi pilihan menjadi pembangkang seperti cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Hizatul Isham Abdul Jalil . Isham mencadangkan supaya blok Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang untuk menyemak imbang kerajaan dan tidak menyertai mana-mana gabungan kerajaan campuran.

Veteran UMNO Perak mencadangkan Timbalan Presiden yang meneruskan apa jua perundingan dengan parti-parti gabungan lain dalam pembentukan kerajaan campuran yang akan berlaku.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan (unity government) dibentuk tanpa Pakatan Harapan (PH) dan DAP bagi menerajui kerajaan.

Daripada 30 kerusi 20 MP lebih cenderung untuk bersama PN manakala 10 lagi lebih cenderung bersama Anwar Ibrahim dan PH.

Apa-apa pun pilihan UMNO semuanya menuju jalan buntu dan akhirnya menguburkan UMNO.

Jika UMNO bersama dengan PH membentuk kerajaan bersama PH. Agaknya orang Melayu yang menjadi tulang belakang UMNO akan setuju? UMNO akan berpecah dan akhirnya parti UMNO akan berkubur. Tak sikit orang Melayu UMNO benci DAP.

Jika UMNO mengambil jalan menjadi pembangkan seperti dicadangkan oleh Isham Jalil, agaknya UMNO Kelantan, UMNO Terengganu, UMNO Kedah nak makan apa? Saya tak nak sebut UMNO negeri-negeri lain. Semasa UMNO banyak duit pun UMNO sukar mengerakkan jenteranya jika tak ada duit.

Akhirnya UMNO di beberapa negeri akan pupus.

Piihan terakhir UMNO bersama dengan PN. UMNO datang dengan 30 kerusi, PAS ada 43 kerusi Bersatu ada 31 kerusi GPS ada 22 kerusi... Agaknya UMNO boleh berlagak macam dulu. UMNO akan rasa bagaimana PAS rasa dalam gabungan sebelum ini. Masa ini UMNO belajar jadi manusia yang rendah diri.

Kekuatan Melayu yang ada pada UMNO sedikit sebanyak akan beralih kepada BERSATU musuhnya sebelum ini. Sebahagiannya akan kepada PAS. UMNO makin hari menjadi makin lemah.

Ya semua pilihan UMNO menuju ke kebur.
Itulah akibat daripada sifat sombong semasa mereka lemas dahulu diselamatkan oleh PAS akhirnya mereka mengkhianati Muafakat yang dibina dengan titisan air mata,

NASIR RAMLEE




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo