NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Melaka terbuka terima Rafiq


MELAKA
– UMNO Melaka terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang mahu membantu parti memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, parti itu tidak pernah menutup pintunya kepada mereka yang ingin membantu.

“Jadi kalau ditanya saya apakah UMNO mempunyai sikap terbuka keputusan dibuat oleh Rafiq, UMNO bersikap terbuka.

“Siapa yang datang nak membantu kita persilakan kerana kita nak minta supaya membuktikan selama ini yang dipilih oleh rakyat Melaka sebuah kerajaan yang stabil.

“Selaku parti politik kita tiada permanent enemy, kita tiada permanent friend, siapa yang nak datang menyokong kita dipersilakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Barisan Nasional (BN) Negeri di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, UMNO secara dasarnya tidak mengambil satu pendekatan atau mengambil kesempatan atas permasalah dalam isu dalaman Bersatu.

“Tapi rakyat boleh menilai bagaimana sebuah parti yang mempunyai seorang tokoh yang berjawatan tinggi boleh diketepikan dalam proses pemilihan untuk menjadi calon.

“Saya yakin apa yang berlaku ialah Bersatu Melaka sudah terperangkap dengan agenda kepentingan bersama dengan Pas sehingga terpaksa mengorbankan tempat yang sepatutnya diletakkan Naib Presiden,” katanya.

Petang semalam, Mohd Rafiq dalam satu sidang media tergempar mengumumkan keluar parti, sekali gus melepaskan semua jawatannya dalam Bersatu yang disertainya sejak 2016 berkuatkuasa serta merta.

Tindakannya itu, menurut bekas Pengerusi PN Melaka itu susulan namanya tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Tangga Batu pada PRU15 walaupun pada peringkat awal pucuk pimpinan parti memaklumkan beliau sebagai calon di kerusi berkenaan.

Surat rasmi peletakan jawatan juga sudah diserahkan kepada Muhyiddin beberapa hari lalu. – Malaysia Gazette.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo