NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suami tinggal pesanan WhatsApp sebelum jatuh sungai


Kota Bharu:
“Sebelum suami saya dipercayai jatuh sungai, dia sempat menghantar pesanan WhatsApp meminta untuk saya menjaga diri dan anak-anak dengan baik kerana dia mahu pergi jauh,” luah Siti Najwa Kamarudin, 28, isteri kepada seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Siti Najwa berkata, suaminya, Muhamad Azwari Aziz, 38, keluar dari rumah sebaik solat Subuh pagi hari ini dan sempat menghantar pesanan WhatsApp serta memberitahu lokasi tempat dia berada.

Menurutnya, susulan berasa tidak senang selepas membaca pesanan itu, di bergegas ke lokasi kejadian, namun hanya melihat motosikal dan selipar sahaja yang ditinggalkan di atas jambatan.

“Saya cuba mencari suami di kawasan sekitar selain bertanya kepada beberapa pemancing yang ada berdekatan lokasi tetapi tiada siapa yang melihat keberadaan suami saya.
Advertisement

“Melihat kepada cara selipar dan motosikal yang ditinggalkan, saya bimbang jika dia jatuh ke sungai.

“Keluarga terdekat terus menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk membantu mencarinya.

“Semoga dia ditemui selamat dan saya berharap agar dapat dijumpai segera tidak kira dalam apa juga keadaan sekali pun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata berusia satu hingga lima tahun itu berkata, hubungan mereka berdua dalam keadaan baik selain menyifatkan suaminya seorang yang baik dan penyayang serta rapat dengan kesemua anak-anak.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian daripada orang awam pada 9.29 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa serta beberapa anggota daripada unit skuba. HM



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo