NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Ibrahim Tuan Man bakal MB Pahang?


KUANTAN, 25 Rabiulakhir 1444H, Ahad
– Kerajaan Pahang kini masih tergantung sama ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerjasama susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PN kini memegang 17 kerusi, BN dengan 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi, tiada satu pun daripada gabungan itu mempunyai majoriti membentuk kerajaan negeri.

Memandangkan kepimpinan PN telah menolak sebarang kerjasama dengan PH, kemungkinan kerajaan Pahang boleh dibentuk antara PN dan BN.

Sementara itu, Ketua BN Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mempertahankan kerusi Parlimen Jelai hanya mengeluarkan kenyataan ringkas di Facebook.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pahang yang mengundi Barisan Nasional.

“Dan tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua jentera parti dan lain-lain kerana membantu Barisan Nasional. Segala jasa dan keringat amat saya hargai.

“Doa yang terbaik untuk Negeri Pahang agar terus kekal makmur,” katanya.

Persoalan mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar juga masih belum dapat dijawab walaupun tersebar luas mengatakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai ADUN Cheka yang baharu, telah dicadangkan untuk jawatan itu.

Tuan Ibrahim menang dengan majoriti 1,223 undi dan disebut-sebut bakal Menteri Besar sekiranya PN merampas Pahang.

Beliau menewaskan calon BN yang juga Pengerusi MCA Lipis, Ho Fong Mee yang mendapat 4,411 undi, Rashid Mohamad dari PH (2,255) dan Aishaton Abu Bakar dari Pejuang (81).

Komentar : TITM akan jadi TPM, pasal tu isu MB Pahang tak hangat - Editor




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo