NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Ibrahim akur keputusan dibuat pucuk pimpinan Pas

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut bersedia sekiranya namanya dicadangkan oleh Pas Pahang untuk bertanding di salah satu kerusi DUN Pahang. - Astro AWANI

KOTA BHARU: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akur pada sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan Pas berhubung kedudukannya sama ada dicalonkan untuk salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.
Tuan Ibrahim tersenarai sebagai calon mempertahankan Parlimen Kubang Kerian, Kelantan malam tadi.
"Ahli parti kita serah pada parti, kita wakaf pada jemaah, terpulang kepada parti buat keputusan.
"Jadi oleh kerana itu saya akur apa jua keputusan parti sama ada Badan Perhubungan Pas di Pahang dan Kelantan, yang penting kita kerja sebagai satu team, saya serah mandat kepada parti untuk buat keputusan." katanya.
Beliau yang juga Menteri Air dan Alam Sekitar turut bersedia sekiranya namanya dicadangkan oleh Pas Pahang untuk bertanding di salah satu kerusi DUN Pahang.
Tuan Ibrahim sebelum ini pernah memenangi kerusi DUN Jengka Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10).
Sebelum ini Pengerusi PN Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan calon Menteri Besar Pahang adalah dari Pas sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.
Pimpinan Pas sebelum ini turut menamakan Tuan Ibrahim sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo