NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu PM


PETALING JAYA:
Transparency International Malaysia (TI-M) mahu perdana menteri yang baharu dilantik, Anwar Ibrahim, dan kerajaannya segera menepati janji manifesto dijanjikan.

Presiden TI-M Muhammad Mohan, berkata “alasan, kelewatan atau pusingan-U” tidak sepatutnya ada dalam menepati ikrar pilihan raya Pakatan Harapan (PH), terutamanya yang tertangguh berikutan kejatuhan kerajaan PH, pada Februari 2020, selepas 22 bulan di Putrajaya.

Beliau merujuk pembentangan akta pembiayaan politik, pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya, menjadikan semua wakil rakyat dan pegawai kanan awam membuat pengisytiharan aset dan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Muhammad turut menggesa jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengambil alih pelantikan ketua agensi kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan secara rasmi sebagai suruhanjaya di bawah Perlembagaan.

“Pembaharuan anti-rasuah dan tadbir urus (ini) mesti dilaksanakan tanpa bertangguh atau (dilaksanakan tanpa) melemahkannya,” katanya dalam kenyataan.

“Selain itu, semua sasaran ditetapkan dalam Pelan Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACP) mesti diselesai atau dimasukkan semula tanpa digubah menjadi lebih lemah atau dijenamakan, sebagai mana yang berlaku kepada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

“Kami mengalu-alukan lembaran baharu dalam politik Malaysia ini, tetapi masyarakat sivil dan rakyat akan memantau dengan teliti prestasi kerajaan perpaduan dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.”

Muhammad turut menggesa Ahli Parlimen supaya mengutamakan rakyat berbanding kepentingan parti dan mengundi di Dewan Rakyat dengan pertimbangan “logik yang kukuh”, termasuk memikirkan masa depan negara.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo