NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sokong calon PN, Penyelaras Pejuang Temerloh dipecat serta-merta - Mukhriz


MARAN:
Penyelaras Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Rofaie Hamdan dipecat serta merta daripada parti itu susulan tindakannya menyokong calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Temeroh.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dalam satu kenyataan media lewat malam Jumaat.

Jelas Mukhriz, dakwaan Rofaie terhadap Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan meletakkan calon kerana diugut adalah tidak benar.

“Sama sekali tidak benar dakwaan bahawa Tun Mahathir Mohamad membuat keputusan kerana diugut oleh mana-mana pihak yang menuntut kerusi tertentu.

“Sebaliknya Datuk Rofaie sendiri yang mengugut akan bertindak sesuatu jika tidak dinamakan sebagai calon Pejuang di Temerloh.

“Terbukti beliau bertindak menyokong calon-calon Perikatan Nasional bila beliau tidak dipilih sebagai calon,” kata Mukhriz.

Justeru, kata Mukhriz, kenyataan yang dibuat Rofaie hanya dibuat selepas gagal menjadi calon.

“Pastinya kenyataan beliau bahawa kononnya wakil-wakil PN mempunyai rekod cemerlang berkhidmat di Temerloh hanyalah dibuat setelah beliau gagal menjadi calon.

“Tindakan Datuk Rofaie itu menyebabkan beliau dipecat sebagai ahli Pejuang Tanah Air berkuatkuasa serta merta,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, pemilihan calon dalam Gerakan Tanah Air (GTA) dibuat secara musyawarah di antara parti komponen.

“Wujudnya gerakan rakyat melalui Gerakan Tanah Air, yang dianggotai empat parti politik, NGO dan orang perseorangan, sudah tentu memerlukan sifat tolak ansur dan kompromi agar setiap anggota berkongsi kekuatan dengan yang lain.

“Semua keputusan termasuk berkenaan agihan kerusi didalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini dibuat secara musyawarah," jelasnya lagi.

Terdahulu. Rofaie dalam sidang media pada Jumaat menyatakan akar umbi parti itu memberikan sokongan penuh kepada calon PN di Parlimen itu.

Jelasnya, ia selepas akar umbi Pejuang berasa kecewa susulan keputusan pimpinan memilih calon yang disifatkan sebagai calon ‘payung terjun’.

Rofaie yang juga bekas Ketua UMNO Cawangan Pengkalan Jaya sebelum beralih menyertai BERSATU tahun lalu juga pernah menggalas jawatan Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, selain mempunyai kelulusan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti West Virginia, Amerika Syarikat.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo