NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan Ajak Menangkan Calon PN ,Takiri Ajak Sokong Umno


Membuat kejutan di hadapan puluhan ribu penyokong Perikatan Nasional di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, sejurus diumumkan sebagai calon Parlimen Arau oleh Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Shahidan Kassim membuat ucapan ringkas dengan mengaku beliau tidak berpuas hati kerana Presiden UMNO "penipu".

Nama beliau sudah dipersetujui oleh top 5 parti, tapi diubah. DS Shahidan nyatakan pendirian untuk tidak bersama mereka lagi lalu dituduh pengkianat parti. Sambil berseloroh beliau ucapkan by by kepada umno.
Beliau minta buka cerita baharu dan mahu jadikan Arau sebagai tapak permulaan perpaduan ummah. Watikah sudah dapat, saya akan pulang segera ke Arau kerana borang belum isi. Ucapan beberapa minit beliau mendapat perhatian dan disambut oleh orang ramai dengan gemuruh.

Sudah tentu Arau akan menjadi kawasan perhatian menguji pengaruh beliau sebagai pencetus perubahan besar dan memberi impak di Perlis khasnya atau sebaliknya apabila beliau juga memaklumkan akan ada rakan-rakan beliau di Parlimen lain akan mengikuti jejaknya.

Lain pula dengan Khairudin atau Takiri di Kuala Nerus yang menyeru sebelum ini agar penyokong PAS memberi undi kepada Umno kerana undi kepada PAS hanya satu pembaziran. Beliau juga menimbulkan kekecohan sebelum ini kerana umno membantah nama beliau dicalonkan disitu mewakili Barisan Nasional.

Perkembangan ini menghangatkan lagi situasi sebelum pernamaan calon pada sabtu ini. PAS mengatur strategi cermat dan berhemah apabila mengambil jalan yang dianggap selamat untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Kuala Nerus dengan meletakkan Adun Bukit Tunggal YB Dato' Dr Alias Razak sebagai calon mewakili PAS.

Percaturan yang sangat menarik dan dilihat calon paling tepat serta memperlihatkan PAS sangat berhati-hati. Keputusan PRU-14 yang lalu Dato' Dr Alias Razak mengekalkan kerusi Bukit Tunggal yang berada dalam Parlimen Kuala Nerus untuk penggal ke-5 dan antara yang tidak pernah kalah sejak dicalonkan.

Dua lagi DUN, Buluh Gading dan Tepuh juga dimenangi PAS manakala DUN Seberang Takir dimenangi UMNO dan antara DUN yang umno tidak pernah tewas walaupun ketika kejatuhan teruk BN di negeri ini pada 1999.

Catatan Noja
Cuit-Cuit PRU-15
04hb November 2022 Kuala Nerus. 1:30am


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo