NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sentimen ‘anti-Zahid’ makin ketara, kata Chin Tong


PETALING JAYA:
Ahli strategi DAP Liew Chin Tong berkata, beliau melihat sentimen “anti-Zahid” semakin ketara menjelang pilihan raya umum (PRU15).

Menurut laporan China Press, beliau berkata disebabkan itu parti politik kini begitu gigih berkempen.

Katanya, apa berlaku kini sama seperti yang terjadi dengan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

“Jadi kini ada gelombang ‘anti-Zahid’ kerana semua orang bimbang Zahid akan menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Kenyataan Liew itu susulan Zahid menafikan calon dipaksa menandatangani aku janji menyokong pelantikannya sebagai perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya ini (PRU15).

Zahid berkata, aku janji yang tular di media sosial itu adalah palsu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dinamakan sebagai calon perdana menteri BN sekiranya gabungan itu menang dalam PRU15.

Zahid pada 16 Oktober lalu berkata, keputusan untuk mencalonkan naib presiden Umno bagi jawatan itu adalah muktamad.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo