NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Senarai Penuh kerusi DUN PN negeri Perlis - PAS dapat 8, Bersatu dapat 5


Perikatan Nasional (PN) Perlis mengumumkan akan bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan 10 daripada calon adalah muka baharu.

Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli, malam tadi, berkata daripada 13 kerusi berkenaan, lapan akan ditandingi calon PAS dan lima daripada Bersatu.

Berikut senarai calon PN bagi kerusi DUN Perlis:

N01 Titi Tinggi - Izizam Ibrahim

N02 Beseri - Haziq Asyraf Dun

N03 Chuping - Saad Seman

N04 Mata Ayer - Wan Badariah Wan Saad

N05 Santan - Muhammad Azmir Azizan

N06 Bintong - Fakhrul Anwar Ismail

N08 Indera Kayangan - Pramoot Puan

N09 Kuala Perlis - Abu Bakar Hamzah

N11 Pauh - Megat Hashirat Hassan

N12 Tambun Tulang - Wan Zikri Afthar Ishak

N13 Guar Sanji - Mohd Ridzuan Hashim

N14 Simpang Empat - Razali Saad

N15 Sanglang - Mohd Shukri Ramli

- Bernama



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo