NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Senarai Penuh Calon PN Terengganu


Sementara itu Pengerusi PN Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, mengumumkan semua penyandang kerusi parlimen di negeri itu dicalonkan semula kecuali di kerusi Besut dan Kuala Nerus.


Untuk PRU kali ini PN meletakkan bekas pemimpin Umno yang sudah menyertai PAS, Che Mohamad Zulkifly Jusoh, sebagai percaturan mereka untuk merampas kerusi tersebut daripada Umno.

Pada 2018 Besut dimenangi BN melalui calonnya, Idris Jusoh.

Penyandang kerusi Hulu Terengganu, Rosol Wahid, yang memenangi kerusi itu melalui tiket BN kini menjadi pertaruhan PN. Dia merupakan ahli Bersatu selepas meninggalkan Bersatu selepas PRU ke-14.

PN Terengganu diputuskan untuk bertanding menggunakan lambang PAS kali ini.

Berikut adalah senarai calon PN untuk lapan kerusi di Terengganu:
Kemaman: Che Alias Hamid
Besut: Che Mohamad Zulkefly Jusoh
Setiu: Shaharizukirnain Abd Kadir
Kuala Terengganu: Ahmad Amzad Hashim
Marang: Abdul Hadi Awang
Hulu Terengganu: Rosol Wahid
Kuala Nerus: Dr Alias Razak
Dungun: Wan Hassan Mohd Ramli

Kerusi Kuala Nerus kali ini menjadi perhatian yang lebih selepas penyandangnya, Khairuddin Aman Razali, kini bertanding sebagai calon BN.

Khairuddin merupakan bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Sebagai ganti, PN meletakkan exco Terengganu yang juga Adun Bukit Tunggal, Alias Razak.

Semasa memulakan ucapan untuk mengumumkan senarai calon PN, Samsuri yang juga naib presiden PAS sempat menyindir musuh politik mereka dengan serangkap pantun:

Dari kemaman ke besut,
Pakat berkumpul di Rusila;
Semua parti tengah kusut,
Hanya kita tenang sentiasa.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo