NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sedekad Dalam Penjara, NGO Gesa Pembebasan Aktivis Saudi, Mohammed Al-Qahtani



ARAB SAUDI, 26 November 2022
– Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Saudi menggesa pembebasan segera aktivis hak asasi manusia, Mohammed al-Qahtani yang ditahan hampir sepuluh tahun dalam penjara.

Lapor berita antarabangsa, Al-Qahtani, seorang profesor di Institut Pengajian Diplomatik dan pengasas bersama Persatuan Hak Sivil dan Politik Saudi (ACPRA) telah ditahan sejak 2013 atas beberapa tuduhan termasuk melanggar taat setia kepada pemerintah dan mempersoalkan integriti pegawai.

Walaupun hukumannya telah selesai pada 22 November lalu, pihak berkuasa Saudi masih enggan berkongsi maklumat tentang keberadaan aktivis itu.

Menerusi ciapan di laman Twitter, sebuah surat yang ditandatangani oleh 14 NGO menuntut akauntabiliti terhadap penganiayaan Al-Qahtani telah diserahkan kepada konsulat Saudi di Geneva dan Kedutaan Saudi di London.

Intipati surat menyebut, “Kami menggesa anda untuk menyeru pihak berkuasa Saudi untuk segera mendedahkan keberadaan Dr Mohammed al-Qahtani dan membebaskannya serta-merta dan tanpa syarat.”

“Dalam trend baharu yang membimbangkan, pihak berkuasa terus menahan beberapa tahanan selepas tamat tempoh hukuman mereka.”

Surat berkenaan telah ditandatangani oleh NGO seperti Amnesty International, ALQST untuk Hak Asasi Manusia dan Democracy for the Arab World Now (DAWN).

Mengulas lanjut, keluarga al-Qahtani mengesyaki sebab pihak berkuasa senyap adalah untuk menghukum aktivis itu atas aduan yang difailkan mengenai serangan berulang yang diterima di penjara Al-Ha’ir.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo