NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya harap pihak yang menang dirikan kerajaan'


Gagal memenangi walaupun satu kerusi dan sedih dengan hasilnya, namun parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berharap parti yang memenangi pilihan raya umum minggu lalu dapat mendirikan kerajaan.

Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan kekalahan semua 125 calon yang diturunkannya, parti itu tidak mampu memainkan peranan walaupun sebagai pembangkang.

Keputusan itu juga, kata Mahathir, menjadikan semua rancangan Pejuang untuk Malaysia terpaksa digugurkan.

"Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih, tetapi saya terima pilihan rakyat.

"Saya harap pihak yang menang akan mendirikan kerajaan Malaysia," katanya dalam kemas kini di media sosial hari ini.

"Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara," tambah tokoh politik terbabit.

Dalam PRU ke-15 Sabtu lalu semua calon Pejuang - yang turut bekerjasama dengan parti lain serta NGO melalui Gerakan Tanah Air - mengalami kekalahan besar.

Mahathir sendiri gagal mempertahankan kerusi parlimen Langkawi yang disandangnya sejak 2018.

Kata Mahathir dia kini akan menumpukan perhatian kepada kegiatan penulisan berkenaan sejarah dan hal ehwal dalam negara.

"Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkodkan, termasuk apa yang berlaku pada zaman British.

"Saya juga terbuka untuk ditemu duga oleh penulis," katanya.







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo