NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong titah BN ambil bahagian dalam kerajaan perpaduan - Zahid


KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu memaklumkan, beliau bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah demikian semasa menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pagi tadi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga menegaskan, Seri Paduka tidak menitahkan apa-apa mengenai pendirian berkecuali.

"Tak ada, tak ada. Bukan itu titah tuanku. Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan," kaat Presiden UMNO itu seperti dilaporkan portal berita, malaysiakini hari ini.

Turut bersama menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sesi bermula kira-kira jam 10.30 pagi pagi adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Semalam, Seri Paduka menitahkan agar semua 30 Ahli Parlimen BN hadir di Istana Negara untuk ditemu bual baginda dalam mencari penyelesaian kemelut pembentukan kerajaan serta pelantik Perdana Menteri Ke-10.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid, sesi itu digantikan dengan beliau bersama Mohamad dan Zambry menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Susulan titah Seri Paduka pada pertemuan itu, Pengerusi BN berkenaan berkata, ia akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan kemudian Dewan Tertinggi BN.

Mesyuarat MKT UMNO dijadual berlangsung pada jam 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi, masing-masing 82 dan 73 kerusi, namun tidak cukup majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Isnin lalu, media melaporkan, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melanjutkan tempoh masa selama 24 jam kepada parti politik untuk membentuk kerajaan yang sepatutnya sehingga jam 2 petang berkenaan,

Selaras lanjutan itu, parti politik memiliki lebih masa sehingga petang kelmarin untuk merundingi pembentukan kerajaan pasca PRU15, sekali gus menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.

Lebih awal sebelum itu, pertemuan Ahli Parlimen BN dan PH menemui jalan buntu selepas tiada sebarang akuan bersumpah (SD) ditandatangani bagi menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Ketika usaha digiatkan pemimpin tertentu dalam BN supaya gabungan PH dan BN direalisasikan, wujud protes dari kalangan Ahli Parlimen gabungan itu sendiri yang menentang usaha itu.







Komen: .Zahid perosak UMNO, perosak keharmonian rakyat




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo