NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak minta jawatan TPM


Gabungan Parti Sarawak meminta kerajaan baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada parti itu yang mempunyai jumlah kerusi terbesar dalam blok Borneo.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa kerajaan baharu harus mengambil kira perkara ini bagi mengukuhkan perpaduan, lapor Awani.

“Harus diingat kita (GPS) merupakan blok terbesar dengan 23 Ahli Parlimen, blok kita sangat besar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB hari ini (Khamis, 24 November 2022).

GPS menguasai 23 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan di Borneo.

Pada sidang media yang sama beliau berkata pihaknya amat terbuka dan berbesar hati menerima permohonan maaf DAP yang disifatkannya sebagai sesuatu yang amat positif.

“Yang penting mereka meminta maaf, ini bermakna mereka mengakui kesilapan mereka. Jadi ini membuka lebaran baru. Namun pada masa sama mereka harus menghormati SUPP daripada parti komponen GPS.

“Ini membuktikan kami betul sejak dari awal dan politik kami bersih, kalau tidak mereka tidak akan minta maaf,” katanya.

Pun begitu keadaan di peringkat persekutuan tersebut tidak menjejaskan status DAP sebagai pembangkang di peringkat kerajaan negeri.

Untuk rekod DAP memegang hanya dua kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo