NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM perlu bincang dengan KSN, KSU sebelum kecilkan Kabinet


BANGI, 29 Rabiulakhir 1444H, Khamis
– Kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa berbincang dengan ketua setiausaha negara (KSN) dan ketua setiausaha kementerian (KSU) sebelum bertindak mengecilkan saiz Kabinet.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, pemerintah perlu berbincang dengan pihak berkenaan bagi memastikan dasar yang baik dan bermanfaat kepada rakyat tidak dibuang begitu sahaja hanya kerana mahu mengurangkan saiz Jemaah Menteri.

“Cuepacs juga tidak mahu keputusan terburu-buru mengganggu selain akan memberi kesan kepada dasar-dasar semasa yang sedang dilaksanakan penjawat awam.

“Sudah tentu ia memberi kesan kepada pencapaian atau sesetengah dasar itu akan tergantung dan tidak dapat mencapai hasil yang diingini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adnan menjelaskan, perbincangan dengan KSN dan KSU perlu bagi mengelakkan keputusan yang memberi kesan tidak positif kepada pentadbiran kerajaan.

“Hal ini sudah pasti memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat yang pada akhirnya mencemarkan nama baik penjawat awam selaku kumpulan pelaksana,” tambahnya.

Pada 21 Oktober lalu, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Nasional di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Anwar menyatakan hasrat untuk mengecilkan saiz anggota Kabinet sekiranya diberikan mandat.

“Kalau mahu Anwar jadi Perdana Menteri, Kabinet mesti dikurangkan, gaji Perdana Menteri dan menteri mesti dikurangkan kerana kita perlu beri contoh yang baik,” kata Anwar.







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo