NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saarani guna nama Allah tidak akan jadi barua DAP... engkau orang pecaya ke?


Saarani menggunakan nama Allah kata dia tak akan jadi boneka atau barua DAP. Katanya Insya-Allah saya tidak akan jadi boneka. Dia guna Insya-Allah. Sebelum ini Boss dia Zahid Hamidi guna Wallahi, Wabillahi Watallahi tak akan sokong Anwar jadi PM. Itu pun dia kencing penyokong UMNO. Dia derhaka dengan Allah. Saarani sekadar guna Insya-Allah Melayu.. Engkau orang percaya ke? Engkau orang boleh baca berita di bawah.


....
PETALING JAYA:
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad menegaskan beliau tidak akan menjadi boneka kepada DAP, malah mendakwa dirinya berjaya “memujuk” parti itu untuk tidak lagi membangkitkan isu sensitif.

Menurut Saarani, tidak wujud istilah parti tertentu menguasai pentadbiran kerajaan Perak meskipun Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP mempunyai tujuh wakil Exco manakala tiga daripada Barisan Nasional (BN).

“Insya-Allah saya tidak akan jadi boneka,” katanya dalam program temu bual dengan Malaysia Gazette.

Ketua Umno Perak itu mengulas dakwaan segelintir pihak bahawa beliau akan menjadi boneka kepada DAP susulan pembentukan kerajaan negeri antara BN dan PH selepas PRU15 19 Nov lalu.

Perikatan Nasional (PN) memenangi 26 kerusi DUN di Perak, diikuti PH (24) dan BN (9). Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan dengan jumlah kerusi BN dan PH bagi membentuk kerajaan negeri.

Saarani yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 21 Nov lalu turut berkata, adalah lebih baik jika beliau berada dalam kerajaan yang sama dengan DAP untuk mengelakkannya daripada bermaharajalela.

Malah dalam tempoh singkat itu, beliau mendakwa berjaya memujuk DAP untuk tidak lagi membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman yang membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Islam.

“Saya telah berjaya pujuk (Pengerusi DAP) Nga Kor Ming dan DAP daripada membangkitkan perkara sensitif…itu satu kejayaan.

“Takkan saya hendak biarkan DAP bangkit soal agama Islam. Saya akan bersuara,” katanya.

“Saya ingatkan mereka jika mereka tidak dapat bersetuju dengan saya untuk tidak bangkitkan perkara sensitif maka saya tidak akan bersama kerajaan.”

Pengerusi BN Perak itu turut mendedahkan tindakannya bersetuju membentuk kerajaan negeri bersama PH selepas PN cuba memancing empat wakil rakyatnya ketika rundingan masih berjalan.

“Pada saya itu tindakan tikam belakang, sebab sembilan wakil BN ini pergi ke mana-mana bersama-sama bukan seorang-seorang.

“Bila saya tahu ada usaha PN hendak ambil dan pujuk empat adun BN untuk mencukupkan jumlah sokongan kepada 30…kepada saya itu bukan cara politik sihat, berlaku pada 2018 dan hendak ulangi pada 2022,” katanya.

Justeru, Saarani berkata beliau menghubungi Istana Perak untuk memohon menghadap Sultan Perak bersama wakil PH bagi memaklumkan kedua-dua mempunyai cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo