NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo setuju sertai Al-Nassr, terima RM925 juta setahun


LONDON:
Cristiano Ronaldo bakal menjadi ahli sukan yang menerima bayaran tertinggi sepanjang zaman selepas dilaporkan bersetuju untuk menyarung jersi kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Bintang Portugal itu kini menjadi ejen bebas selepas meninggalkan Manchester United, minggu lalu.

Bagaimanapun, dia kini dikatakan bersetuju untuk menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bernilai 173 juta pound (RM925.16 juta) setahun dengan Al-Nassr, lapor Marca.

Ronaldo mendedahkan dia menolak kontrak lumayan bernilai 3 juta pound (RM16.04 juta) seminggu untuk bermain di Arab Saudi pada musim panas lalu, dengan Al-Hilal dipercayai berminat bagi mendapatkan khidmatnya ketika itu.

Al-Nassr kini semakin hampir untuk perpindahan berkenaan biarpun Newcastle United dilapor turut berminat bagi membawa masuk Ronaldo ke kelab itu.

Inter Miami juga berminat dengan Ronaldo dengan pemiliknya, David Beckham dilaporkan mengadakan perbincangan dengan pemain berusia 37 tahun itu.

Al-Nassr yang dibimbing Rudi Garcia ketika ini berada di kedudukan kedua Liga Pro Saudi, tiga mata di belakang Al-Shabab.

Saingan liga berkenaan ketika ini berehat bagi memberi laluan kepada Piala Dunia dengan Al-Nassr akan menghadapi perlawanan seterusnya pada 16 Disember - dua hari sebelum aksi final Piala Dunia.

Ronaldo meletakkan sasaran untuk beraksi di pentas final Piala Dunia bersama Portugal dan kemungkinan menyertai Al-Nassr pada Januari depan jika menandatangani kontrak bersama kelab itu. - Agensi







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo