NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada usaha jadikan Zahid TPM, kata Dr Mahathir


TERDAPAT usaha untuk membersihkan imej Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya beliau dapat dilantik sebagai timbalan perdana menteri (TPM) dalam kabinet Anwar Ibrahim, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata peranan Ahmad Zahid dalam kerajaan baharu penting bagi memastikan Anwar kekal berkuasa.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar tidak memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan sendiri. Justeru ia bekerjasama dengan musuh Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Anwar dijangka menamakan kabinetnya menjelang Jumaat ini.

“Mereka (pihak tertentu) kini sedang bersihkan imej (Ahmad) Zahid. Dalam sistem undang-undang kita, anda tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah… jadi mereka akan kata dia layak.

“Mereka akan desak (agar Ahmad Zahid dapat jawatan TPM) sebab kalau Umno tarik diri, kerajaan akan tumbang,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu wawancara baru-baru ini.

Awal hari ini, sumber parti berkata Anwar berkemungkinan besar menamakan Ahmad Zahid sebagai salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Minggu ini negara sedikit kecoh apabila pengkritik politik mengulas spekulasi yang Ahmad Zahid dilihat bakal menjadi timbalan perdana menteri. Mereka menyatakan beliau masih ada 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram walaupun telah dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah September lalu.

Dr Mahathir berkata Anwar memerlukan sokongan semua pihak untuk mengekalkan kerajaannya.

“Selepas PRU14, Azmin (bekas timbalan presiden PKR Mohamad Azmin Ali) bersama beberapa ahli Parlimen dari Bersatu telah berjaya melemahkan PH sehingga hilang majoriti. Kemudian saya tidak lagi jadi PM.

“Jadi, mereka (PH) tidak boleh jadi kerajaan,” katanya merujuk kepada Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020.

Tambah Dr Mahathir, begitu juga nasib yang menimpa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang tumbang pada Ogos 2022 selepas tidak cukup majoriti.

“Kemudian, apabila Muhyiddin tidak dapat membebaskan Najib Razak (bekas perdana menteri yang dipenjarakan) daripada pertuduhan, Najib menarik keluar 15 ahli Parlimen dan kerajaan Muhyiddin tumbang.”

Kemudian, naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob diangkat menjadi PM, kata Dr Mahathir. – 30 November, 2022.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo