NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN veteran BN digelar ‘burung tua’ oleh Adun PH


SHAH ALAM:
Seorang ADUN veteran Barisan Nasional (BN) menegur seorang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) supaya lebih beradab ketika berucap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) membuat teguran itu selepas ADUN Taman Templer, Sany Hamzan menggelarnya “burung tua”.

“Nasihat pertama kita boleh bercakap, tapi jangan singgung perasaan, saya boleh maafkan, tapi tidak boleh terima tuduhan sebagai burung tua. Saya dah berumur, tapi adakah wajar kita menuduh,” katanya dalam sidang DUN.

Sany kemudian mengakui keterlanjurannya dan memohon maaf kepada Shamsudin.

“Terima kasih, saya sebenarnya sudah maafkan sebelum (Sany) mohon maaf lagi, tapi saya tidak akan lupa, perasaan kita perlu jaga, saya ingin menjelaskan supaya apa yang berlaku semasa kempen pilihan raya umum biarlah ia jadi sempadan,” kata Shamsudin.

Semalam, Sany menggelar Shamsudin “burung tua” kerana wakil rakyat BN itu tidak memberi laluan kepadanya untuk mencelah ketika berucap di DUN.

Dalam perkembangan lain, Shamsudin meminta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mempertimbangkan peruntukan saksama dan sama rata kepada semua ADUN, termasuk wakil rakyat BN dalam usaha membantu rakyat.

Beliau juga berharap pengerusi PH Selangor itu akan melantik wakil BN menganggotai jawatankuasa di peringkat pihak berkuasa tempatan serta pejabat daerah dan tanah.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo