NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit naik kepada RM4.57 berbanding dolar AS

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding dengan mata wang utama - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri sesi dagangan pada Rabu dengan prestasi tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong faktor luaran yang menggalakkan, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5725/5775 berbanding dolar AS daripada 4.5750/5835 pada Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit serta mata wang negara Asia lain tidak mengendahkan peningkatan kes COVID-19 di China, merujuk kepada unjuran yang lebih tinggi oleh pihak pengawal selia.

Kerajaan China kini telah beralih daripada dasar sifar COVID-19 selain mengurangkan tekanan ekonomi.

"Dari segi Rizab Persekutuan AS (Fed), pelabur sangat cenderung meyakini bahawa inflasi keseluruhan akan terus reda dengan ketara dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang.

"Susulan itu, dolar semakin tertekan, dan aset berisiko semakin meningkat. Ini sangat menyokong ringgit menjelang kenyataan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC)," katanya kepada Bernama.

Beliau menekankan bahawa tindakan kalangan pelabur itu merupakan pemacu positif yang akan mendorong ringgit lebih kukuh menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding dengan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3053/3094 daripada 3.3169/3235 ketika ditutup pada Selasa dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2344/2382 daripada 3.2380/2445.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.7202/7254 daripada 4.6981/7068 serta rendah berbanding pound British kepada 5.4495/4555 daripada 5.4223/4324. 

-BERNAMA





Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo