NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rekod pencapaian jadi sandaran Redzuan di Alor Gajah

Redzuan Yusof yakin dapat kekalkan kerusi Parlimen Alor Gajah walaupun dicabar calon “heavyweight”. (Gambar Facebook)

ALOR GAJAH: Bekas penyandang kerusi Parlimen Alor Gajah, Mohd Redzuan Md Yusof percaya rekod pencapaiannya ketika berkhidmat di kawasan itu menjadi faktor utama untuk beliau dipilih semula oleh pengundi pada PRU15.

Redzuan yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berkata, walaupun dicabar calon ‘havyweight’ seperti Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan dan Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari, beliau yakin dapat mengekalkan kerusi tersebut.

Bekas menteri pembangunan usahawan itu juga dicabar Muhammad Nazriq Abdul Rahman dari Pejuang.

Redzuan sudah menjangka bakal berdepan saingan banyak penjuru termasuk daripada BN, yang katanya buat pertama kali meletakkan calon Melayu di kerusi tradisi MCA itu untuk memecah undi daripada memihak kepadanya.

“Sebagai bekas penyandang, saya mempunyai ‘track record’ yang baik di mana pengundi sendiri boleh nilai bagaimana saya turun padang tiga kali seminggu mengenali dan fahami masalah mereka,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN Alor Gajah.

Mengulas kekalahan PN di semua lima DUN di di bawah Parlimen Alor Gajah pada PRN Melaka dahulu, Redzuan berkata, ia berpunca daripada kelemahan jentera PN sendiri. Bagaimanapun, kekurangan itu sudah dibaiki dan jentera PN lebih bersedia kali ini.

“Kalau dilihat kepada corak pilihan raya sebelum ini, susunan dan kekuatan jentera itu yang akan memastikan kemenangan dan itulah yang kita pelajari daripada PRN November tahun lalu.

“BN ada kelebihan tetapi kalau ikut sokongan pengundi menampakkan sokongan pada PN meningkat. Kemenangan BN sebelum ini adalah kekuatan jentera mereka, kita kenal pasti kelemahan itu dan kita sedang cuba menyaingi kekuatan mereka,” katanya.

Pada PRU14 lalu, pemimpin Bersatu itu menang kerusi Parlimen Alor Gajah atas tiket PKR menewaskan Wong Nai Chee mewakili BN dan calon PAS, Mohammad Nazree Mohammad Aris dengan majoriti 6,980 undi.


Sumber I FMT Malaysia




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo