NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15 catat sejarah, calon parlimen paling ramai cecah 945 individu


Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula secara rasmi hari ini dengan rekod calon yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen kali ini mencatatkan jumlah paling ramai, menjangkau sehingga 945 individu, menjadikan ia sebagai Pilihan Raya Umum paling sengit dalam sejarah negara.

Jumlah itu yang merangkumi 818 calon lelaki dan 127 wanita, meningkat berbanding 687 calon pada PRU14 dan 579 calon pada PRU13.

Proses penamaan calon yang berlangsung dari pukul 9 hingga 10 pagi berjalan lancar, dengan keadaan dilihat kembali meriah seperti sebelum kehadiran COVID-19, berikutan kemunculan para penyokong parti yang bertanding memenuhi 222 pusat penamaan di seluruh negara.

Bagaimanapun, polis mengesahkan berlaku kekecohan di luar pusat penamaan calon di Parlimen Tenom, dipercayai selepas pembatalan borang pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Peter Anthony.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media hari ini memaklumkan enam borang pencalonan ditolak membabitkan empat kawasan Parlimen serta dua Dewan Undangan Negeri (DUN), dan tiada calon yang menang tanpa bertanding.

Bernama


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo