NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi perkecil peranan SPRM, tidak akan lapor isu KASA

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menegaskan bahawa beliau tidak akan melaporkan skandal projek rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 yang melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Air (KASA) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi menjelaskan, perkara itu tidak perlu dilakukan kerana mendakwa beberapa pendedahan pelbagai skandal sebelum ini tidak ada tindakan lanjut oleh agensi berkenaan.

“Tidak perlu (lapor SPRM) kerana sebelum ini tidak ada tindakan (selanjutnya). Sudah 10 tahun saya dedahkan skandal.

“Pelbagai laporan polis dan SPRM dibuat, pengalaman saya hampir semua skandal dihentikan, bukan berpunca daripada laporan polis dan SPRM,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan menuntut penjelasan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung status projek kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

Beliau mendakwa, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.

Sementara itu Rafizi turut menempelak jawapan Tuan Ibrahim yang dianggapnya senada dengan beberapa pemimpin UMNO ketika menjawab isu skandal yang didedahkan beliau sebelum ini.

“Apabila Tuan Ibrahim cabar saya buat laporan kepada SPRM, saya sedih sebab itu jawapan UMNO dahulu. Ketika itu Pas bersama-sama PKR (semasa) saya dedah skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan 1MDB.

“Kalau UMNO kata sila buat laporan SPRM, pimpinan Pas yang bising sekali, sekarang bila kena dekat mereka, dia bagi jawapan sama macam UMNO pernah bagi dahulu,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Tuan Ibrahim mendakwa Rafizi seorang yang licik kerana berselindung di sebalik kenyataan selamat seperti memetik sumber dalaman, difahamkan dan dimaklumkan demi melindungi dirinya daripada tindakan perundangan.








............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo