NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Polis kesan 432 ceramah tanpa permit semalam, dua individu ditahan

Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali.

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penganjuran 432 ceramah politik tanpa permit sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam berbanding 46 ceramah pada Khamis. 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata Sabah menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah ceramah tanpa permit sebanyak 425, diikuti Selangor (tiga), Kelantan (dua) serta masing-masing satu di Perlis dan Pahang.

Beliau berkata polis mengeluarkan 1,037 permit mengadakan ceramah sepanjang kempen PRU15 semalam iaitu sebanyak 137 di Kedah, Negeri Sembilan (172), Perak (155), Selangor (147), Pahang (131), Kelantan (98), Melaka (54), Sarawak (44), Pulau Pinang (22), Perlis (21) dan Kuala Lumpur (20).

“Kita turut membuka 14 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya menghasut, ugutan jenayah, merosakkan bendera dan papan tanda milik parti politik serta calon semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazani yang juga Pengarah Operasi PRU15 PDRM berkata ia membabitkan siasatan tiga kes di Melaka, Kedah (dua), Negeri Sembilan (dua), Johor (dua) serta masing-masing satu kes di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak.

Beliau berkata dua individu turut ditahan di Perak dan Terengganu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 dan 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo