NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Hormati tugas pengamal media - Annuar Musa


KOTA BHARU, 13 Nov (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak termasuk calon dan jentera parti menghormati tugas pengamal media membuat liputan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata ini kerana pengamal media turut mempunyai etika kewartawanan dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalankan tugas.

"Media mesti diberikan penghormatan kerana tugas menyampaikan maklumat dan berita itu adalah untuk semua rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun 10 tahun ‘The Red Warriors (TRW) Treble 2012, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kota Bharu.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian menimpa seorang wartawan dari Negeri Sembilan yang dipercayai diugut dan dikasari dua lelaki mabuk semasa membuat liputan kempen calon PRU15 dekat sebuah restoran, semalam. 

Mengulas lanjut, Annuar berkata serangan terhadap pengamal media seharusnya tidak berlaku kerana masyarakat perlu faham tugas wartawan ketika berada di lapangan.

Dalam perkembangan lain, Annuar, yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), turut menyuarakan hasrat untuk kembali aktif dalam arena bola sepak di negeri itu. 

"Saya perlu berbincang dulu dengan pemilik TRW dan Kelantan United kerana saya mahu hidupkan semula suasana bola sepak di negeri ini," katanya.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo