NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AirAsia sambung semula penerbangan ke Taipei bulan depan



TAIPEI, 13 Nov (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia, pada Ahad berkata ia akan menyambung semula perkhidmatan dari Taipei ke Kuala Lumpur mulai 1 Dis, Taipei ke Sabah mulai 10 Dis dan Taipei ke Chiang Mai dari 15 Dis.

Pengumuman itu dibuat berikutan kembalinya perkhidmatan laluan Kaohsiung - Kuala Lumpur pada Sabtu, menurut agensi berita Central (CNA).

AirAsia memulihkan perkhidmatan di laluan itu selepas dua tahun setelah Taiwan melonggarkan sekatan sempadan yang diperkenal sejak awal pandemik COVID-19, bulan lepas.

Perkhidmatan AirAsia pasca pandemik pertama ke Taiwan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 5.25 petang. Sabtu, dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung pada 9.55 malam, menurut syarikat penerbangan itu.

AirAsia mula terbang dari Taiwan pada 2004 dengan laluan Kuala Lumpur-Kaohsiung dan Kuala Lumpur-Taipei sentiasa popular, menurut syarikat penerbangan itu.


- BERNAMA 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo