NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Calon PN kerusi DUN Tioman meninggal dunia

KUANTAN: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, meninggal dunia, hari ini.

Md Yunus Ramli, 61, disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, Md Yunus dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.


"Bagaimanapun, Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin," katanya.

Sebelum ini, Md Yunus daripada PAS, bertanding di kerusi sama pada PRU14. Allahyarham merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman. Selain itu, arwah juga adalah bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.

Pada hari pengundian ini, Allahyarham Md Yunus sepatutnya menghadapi saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain (UMNO), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH-AMANAH), Osman A Bakar (PEJUANG) serta Sulaiman Bakar (Bebas).

Pemergian Md Yunus adalah kematian kedua membabitkan calon bertanding pada pilihan raya kali ini selepas calon PH bagi Parlimen Padang Serai di Kedah, M Karupaiya, 69, yang juga penyandang kerusi itu, meninggal dunia pada Rabu lalu.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo