NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden MIC tewas di Sungai Siput


IPOH:
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran gagal merampas kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila hanya memperoleh 19,791 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), S Kesavan secara rasmi berjaya mempertahankan kerusi itu apabila meraih sebanyak 21,637 undi.

Kesavan memperoleh majoriti 1,846 undi turut menewaskan lima pesaingnya yang lain termasuk Datuk Seri G Irudianathan (Perikatan Nasional) dengan 8,190 undi.

Sementara itu, calon Pejuang, Ahmad Fauzi Mohd Jaafar memperoleh 784 undi; Baharudin Kamarudin (bebas) 598 undi, R Indrani (bebas) 614 undi dan N Rajah (bebas) mendapat 35 undi.

Bagaimanapun kesemua mereka turut kehilangan deposit. - Sinar Harian




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo