NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Prabakaran jadi pilihan utama pengundi Batu kerana PKR

Pada PRU15, P Prabakaran akan berdepan 9 calon lain bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu.

SENTUL: P Prabakaran dilihat menjadi pilihan utama pengundi di Batu untuk penggal kedua sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ini kerana pengundi di kawasan tersebut mahu Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi itu, yang akan menyaksikan pertembungan 10 penjuru pada 19 Nov ini.

Pengundi yang ditemui FMT mengakui Prabakaran seorang yang rajin dan mudah didekati, namun menegaskan bahawa kelebihannya adalah beliau bersama PKR.

Suri rumah Ramani Ramasamy, yang telah menetap di Sentul selama 17 tahun berkata, Prabakaran seorang Ahli Parlimen yang bagus, sentiasa berada di lapangan. Namun, katanya, kita perlu melihat gambaran lebih besar, iaitu menjadikan PH kerajaan.

“Jika beliau bukan (wakil rakyat) PKR, saya mungkin tidak akan undinya kerana saya fokus kepada matlamat untuk menjadikan PH kerajaan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Roger Suraj, 54, berkata parti didahulukan berbanding calon.

Jika Prabakaran bertanding sebagai calon bebas, beliau mungkin tidak mengundi bekas Ahli Parlimennya itu buat penggal kedua, katanya.

Mengutamakan parti berbanding calon menjadi sebab mengapa Ramani dan Suraj menyokong PKR pada masa lalu tanpa mengira calon. Ini termasuk pendahulu Prabakaran, Tian Chua, yang pernah berkhidmat di kawasan itu selama dua penggal.

Shanti N, 55, seorang pemilik perniagaan yang menetap di Sentul berkata, parti itu membawa perubahan, jadi berada dalam parti yang betul menjadi kelebihan bagi Prabakaran.

“Parti penting kerana kita perlu memilih kerajaan yang betul,” katanya yang turut mengakui mengundi Tian Chua sebelum ini kerana PKR.

Malah penduduk yang tidak berpuas hati dengan Prabakaran sebagai Ahli Parlimen berkata mereka akan tetap mengundi parti itu.

“Saya tak nampak banyak kemajuan di kawasannya tetapi saya akan undinya untuk menyokong pasukannya,” kata Elaine Tan, yang memiliki perniagaan di Jalan Ipoh selama 30 tahun.

Kerusi Batu menyaksikan antara pertembungan paling banyak penjuru pada PRU15, dengan calon daripada semua parti utama serta empat calon bebas, termasuk Tian Chua, bertanding.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo