NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Tawaran basi’, Wee kecam janji PH hapus tol

PH sebelum ini berkata, pihaknya bertekad untuk meneruskan pengurangan tol PLUS secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS sebagai milik awam.


PETALING JAYA: Janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan tol dianggap tidak realistik dan tidak akan berjaya dilaksanakan, kata Wee Ka Siong.

Presiden MCA itu berkata, semua pihak khususnya pengundi di seluruh negara sedar tawaran itu sudah “basi”.

“Kalau mereka tahu, kenapa nak bagi janji manis, janji bulan dan bintang? Dan tiba-tiba mereka nampak tak dapat laksana apa yang mereka janjikan, itu masalahnya.

“Apabila kita melihat janji yang basi ini, (pihak itu) nak goreng semula. Rakyat dah tahu lah ini temberang, ini tipu helah mereka,” katanya, lapor Astro Awani.

Wee berkata, sesebuah kerajaan seharusnya bersikap pragmatik terhadap kepentingan rakyat. Beliau tidak mahu rakyat terpedaya buat kali kedua dengan segala janji ditabur pembangkang, katanya.

Sebelum ini, PH berkata, gabungan itu telah menunjukkan komitmen dengan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik dengan pencapaian pengurangan 18% kadar tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), termasuk Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Gabungan itu bertekad untuk meneruskan pengurangan tol PLUS secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS sebagai milik awam.


Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo