NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Model Terkenal Perancis, Marine El Himer Peluk Islam


Bintang dan model terkenal Perancis, Marine El Himer mengumumkan dirinya sudah memeluk Islam dan berkata detik-detiknya kini merupakan hari paling gembira dalam hidupnya.

Difahamkan, Marine sudah memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu dan langsung tidak mendedahkannya kepada umum sehinggalah pada Rabu lalu.

Marine berkongsi berita gembira itu melalui laman Instagram miliknya dengan memaparkan beberapa foto dan video saat-saat penghijrahannya kepada agama Islam.

Lafaz syahadah

Imbas kembali kira-kira empat hari yang lalu, Marine memuat naik video saat-saat indah dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan imam di sebuah masjid.

Marine yang lengkap bertudung dan berjubah hitam menutupi seluruh anggota badannya ketika itu berjaya melafazkan kalimah suci tersebut dengan lancar dan fasih.

Dalam perkongsian kali pertama itu, Marine meluahkan daripada sudut hatinya bahawa jalan penghijrahannya itu adalah satu detik yang ‘baharu’ buat dirinya.

“Terdapat jalan yang perlu anda lalui bersendirian. Tiada kawan, tiada keluarga, tiada pasangan. Hanya awak dan Allah.

“Sebahagian daripada anda mengetahuinya tapi masih ramai yang bertanya soalan (tentang penghijrahan ini).

“Walaupun saya berasa terpelihara setelah setelah berhijrah, saya tidak pernah mengisytiharkannya secara rasmi bahawa saya sudah memeluk Islam beberapa bulan yang lalu,” katanya.

Tidak kurang juga, Marine turut berkongsi beberapa foto lain memaparkan penampilan dirinya yang memakai tudung dan berjubah di sekitar Kaabah di Masjidil Haram.

Dia juga berharap perjalanan rohani yang dilaluinya akan sentiasa membawanya kepada yang Maha Berkuasa dan (turut) berterima kasih kepada peminat atas sokongan mereka sepanjang penghijrahan itu.

“Perjalanan rohani yang saya harap akan terus mendorong dan membimbing saya, In shaa Allah.

“Saya tidak dapat mengucapkan terima kasih yang cukup atas sokongan dan kebaikan anda yang berharga. Terima kasih sangat-sangat kepada anda semua,” kata Marine menerusi kapsyen dalam perkongsian itu.

Tidak malu bertukar agama

Dalam pada itu, Marine yang tidak malu untuk menukar agamanya menegaskan bahawa dia memilih Islam kerana percaya ia memberi ketenangan fikiran, hati dan jiwanya.

“Ia adalah pilihan yang datang kepada saya dengan jelas dan saya mengamalkannya dengan bebas serta berasa bangga tentangnya.

“Ketahuilah, saya tidak ada rasa malu untuk menukar agama lain. Ia adalah hak asasi bahawa setiap orang harus hidup (memilih haluan) dengan bebas,” katanya lagi.

Difahamkan berita penghijrahannya itu disambut secara meluas dan diterima baik oleh peminat-peminatnya dan mereka mengucapkan tahniah atas keputusannya yang berani berhijrah sedang berada di puncak populariti.

Sedikit maklumat mengenai Marine, dia dilahirkan pada Julai 1993 di Bordeaux, selatan Perancis, berketurunan Maghribi-Mesir dan mempunyai saudara kembar bernama Oceane El Himer.

Difahamkan Marine merupakan salah seorang model, bintang Instagram dan pempengaruh media sosial (influencer) yang terkenal di Perancis sehingga diikuti lebih 1.5 juta pengikut (follower) di Instagram.

Sumber: The Siasat Daily / Marine El Himer via Instagram



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo