NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN yakin dapat ambil alih Perlis - Abdul Hadi


BACHOK:
Perikatan Nasional (PN) berkeyakinan akan dapat mengambil alih kerajaan Perlis daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keyakinan itu berdasarkan calon PN di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai pengaruh yang kuat di negeri berkenaan.

"Shahidan, beliau ada pengaruh di Perlis. Insya-Allah kena dengan cara kita akan dapat mengambil Perlis selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Kita boleh ambil Perlis. Insya-Allah tambah lagi satu negeri di bawah pemerintahan kita dan berharap perkara ini akan berlaku dan menjadi satu titik perubahan yang baharu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS di Tawang di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Calon PAS Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, Shahidan dan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dipilih sebagai calon PN masing-masing bertanding di kerusi Arau serta Maran pada PRU15.

"Mereka tidak tercalon sebagai calon Barisan Nasional (BN) kerana dicantas disebabkan tidak bersetuju dengan cara pemimpin mereka.

"Kedua-dua mereka ini sanggup bertanding atas simbol kita. Calon kita juga sanggup berundur daripada bertanding untuk memberi laluan kepada dua calon ini," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo